Wednesday, January 22, 2014

FRAME OF THE YESTERYEAR PART 9

Mulut penuh menggumam Nesvita Honey. Resepi baru hasil ajaran akak atas katil. Malas nak angkat kaki sebenanrnya pergi terjah watercooler kat nun bawah. Ngangga je lah mulut . Sambil tu, ligat otak pikir. Hujung minggu kalau duit dah surut plus mak ayah tak datang nak outing, dok menyadai kat dorm yang terbaik berbanding buat homework yang boleh postpone konon nak buat waktu malam.  Mp3 tarik. Earphone sumbat.

" Bosan"



"Pernah rasa kehilangan tak" kakak dorm
"urm, banyak kali, kali, kali"

flashback2

*********

" Mak, orang dah simpan RM30, ingat nak kumpul 10 setiap bulan"
"dah tu" mak
"lesap"

list2

"Kinder Bueno yang kempunan akhirnya memang kempunan, langsung hilang dari mata"

memang banyak fulus terbang pergi ke tangan yang panjang macam panjang Jambatan Pulau Pinang, rasa lagik panjang. 

"Detergent jangan cakap"
"air baldi dah tadah"
" baldi"
" sabun"

" bebaju bagai"

"haish"

"konsep kehilangan diguna pakai sebab kita tak dapat dah manfaat benda tu"

"pencuri2, bertaubatlah"



ada juga , kehilangan individu(s) yang pernah wujud di sekeliling kita

Science Lab

"aku ada plan nak baling bunser burner kat ......"
*gelak2

tiba-tiba "eksperimen" didatangi seseorang kat pintu

bertanya hal ehwal pelajar.

aku datang dekat.

bergurau.

disekehnya dan gelak2.
tanda bergurau.

senyum malu.
 dan hairan.


alih2, 2 minggu lepas tu, annoucement pagi tu membawa hujan di hati semua penghuni
" cikgu kamaruddin pergi menghadap ilahi"

berdesup ingatan pada kejadian hari itu.
sekehan terakhir

Budak2 lelaki mmg kaki mengusik arwah. Budak perempuan manja kalah anak perempuan arwah. Pagi-pagi dengar annoucement arwah panggil dorm aspura yang stok2 boleh survive sekoq dua tikus.

sedar2, laju ja pipi dah basah.

Al - Fatihah


********

"berapa mingu lagi nak exam"
" sipi2 lagi mcm round kon aiskrim"

"trial punya result pun bagi harapan suam2 kuku"

"hahaha"
( gelak cover nervous )

 *******

"wei, jum tgk tayangan"
"cerita apa, kacau, baru nak bt exercise"
 " lagenda budak setan"
tutup buku

"JOM"

*****

"cis, ni ta suka ni, dah ta tau ta reti kawal perasaan jgn tgk"
":P, blah, ko pun sama jer"

lalalalalala

dan kesudahan 
memang ramai kat apuri malam tu yang layan lagu  ini

  ini

 dan juga ini

realiti mmg bnyak kali kena dah, masuk wayang kita rasa a part of storyline, tapi dah keluar dari tempat wayang tu, balik realiti hidup la yer

kalau dalam wayang dapat berjimba dengan hewan2 madagascar, dan keluar nak dengar badak air bercakap pun payah 


mengarut


lalalalala


********

"ada sesuatu yang aku nak capai sangat untuk pmr ni"
"apa"?

" nak merasa anugerah lepas dari tangan sultan mcm time f1"

:)

*********

" bdk hoki dah nak balik"
"depa menang"

:D

"band pun sapu licin"
"conductor award pun dapat "

Alhamdulillah 


nikmat kurnia rezeki , frasa sinonim .
 yang datang daripadaNYA



 p/s : Hari esok tidak menjamin kita masih bernafas :)
  














Monday, January 20, 2014

FRAME OF THE YESTERYEAR PART 8

"tak pernah lagi tengok bunga tulip kat atas Bukit Larut walaupun hampir 2 tahun campur tolak extend, escape, stay back "


********

Masih teringat, belajar satu poem yang cukup mendalam . ( deep meaning ) . tembus masuk dalam hati. Masa belajar, terbayang jasad pergi ke sana. Lari dari semua. Lari jauh. William Butler Yeats . Pak Cik ni tulis sungguh2 poem ni. 







"nak lari, bertimbun kerja semata2 exam "
"lembik"
" lalalalalalalalalalalalalalalala"



*******


Tempat yang dibayang atas ni mmg boleh bawak jauh diri dari kelas . 
Tetapi, kesudahan yang baik , syurga itu lebih berganda-ganda lebih power indahnya .


flashback. Sekolah Agama Rakyat Kampung Empai

kain kaler hijo. Ustazah cerita pasal syurga.

" nak banana split pun Allah bagi dan-dan tu jugak depan mata" ustazah cerita
" Lepas masuk syurga , boleh balik rumah tak'? ( boleh teka kan sapa ckp ni )
" kenapa nak balik rumah"?
" mkn , tdo, main, bla2 mcm lepas balik ni"
" percayalah, kita akan terus lupa dunia, tak nak balik dah" 
;)


***********

" usaha ja belajar, tak lama, exam ler"

**********

" nama...nama....nama...nama...nama...., tampil depan bilik warden"

"pasal apa"
"cerita 3 idiots"


********


Mata tala pada timbun2 kertas

"Sains"
- sikit lagi

"Kemahiran Hidup"
-siap sikit, sambung kat kelas nanti

"Geografi"
-siap! berani tak siap, mau kena tempias Cikgu Shuhaimah 

" Sejarah"
- huish, cikgu Wani

"B. Inggeris"
- takdak

"B.Melayu"
- buat2,

"Pendidikan Islam"
- 5 set lagi

" Math"
- bnyak................................................................................................




setinggi eiffel tower



" Sivik"
" na bentang pasal sapa"
lalalalalala
" artis"
sapa?
"Maya Karin"
*gelak2...

"Aalyaa, Wedis, Bella"



lepas bentang cikgu ckp ok
then kelas math


" why you make her as your icon"
ngangga ngangga

"Maya Karin"?
"she just an artist"
"dia buat art"
"artist"
"errr, "

Time tu kena cakap pasal kerjaya. Cari lah dia ni . Orang tv. Maya Karin. Kelas sivik, sebab yang uniknya dia belajar laen, kerja jadi artis.

" kuku dia penah tercabut time berlakon dalam pontianak harum sundal malam 2"


 dan kelas Math diteruskan macam biasa.....


**********

" Dah banyak tahun hang gi kem kat UKM tu"
"ada rezeki, aku chow dari sini tahun depan , kalau result aku ok"
" tapi chow tu, kenangan aku bawak"
"permata pintar"


*******


"kamu pakai baju kaler apa" Hafiza
" biru, awat?"
"tarapapa, hihihi"
"lah.." muka hairan


*******



"mak, org  jadi mawas"
"sebut elok2"
"ok k, "

"nak terima tak?"
 "terima ja, tambah markah, kamu ta boleh main outdoor"
"ok mak"


dan ikrar....



********


;)

masih ta lupa

terima kasih


satu prep malam,
boleh buat teringat sampai satu ribu malam


*******



"Madame Lim, "
"yes"
" ni macam mana"


Math pernah jadi  musuh ketat. Pernah jadi bahan gaduh adek beradek bila math pernah C. Rekrut lepas tu, belajar math. She Open the door, but you must enter yourself.





lalalalalaalalalalalala


           

*********

"nak lari lagi tak pergi Lake Isle Of Innisfree "?
"tak nak , tak nak " geleng2
"awat"
"nanti aku tak nak balik dah nak jawab exam"
*gelak2.


lemas berendam air mata, lemas lagi duduk depan pintu yang dah tutup sedangkan pintu lain dah terbukak



p/s : tak pernah bosan tgk 3 Idiots, "All Is Well" ;)

 


 


I will arise and go now, and go to Innisfree, And a small cabin build there, of clay and wattles made: Nine bean-rows will I have there, a hive for the honey-bee; And live alone in the bee-loud glade. And I shall have some peace there, for peace comes dropping slow, Dropping from the veils of the morning to where the cricket sings; There midnight's all a glimmer, and noon a purple glow, And evening full of the linnet's wings. I will arise and go now, for always night and day I hear lake water lapping with low sounds by the shore; While I stand on the roadway, or on the pavements grey, I hear it in the deep heart's core. - See more at: http://www.poets.org/viewmedia.php/prmMID/15529#sthash.NQQo5mc9.dpuf

Sunday, January 19, 2014

FRAME OF THE YESTERYEAR PART 7

I'm getting older now,
no longer a child,
not yet an adult,
but a girl trying to carve a path for herself.
 
I'm learning to make my own choices,
molding a future with my bare hands,
learning how to step out,
despite the shaky ground.
 
 
**********
 
2011
" Mak, umur anak mak dah berapa"
" Bulan 4 ni 15 tahun "
* gelak2 :D

*********

Tahun ta boleh main bnyak2 ( awal2 boleh kut )
Tahun hadap realiti
Tahun merasa ada angka giliran balek
Lalalalalalala


Lalalalalalalala
Lalalalalalalala
Lalalalalalalala
Lalalalalalalala



*********

" Langit selalu kaler apa"
"hijau"
ngek :P

"wei, tu tgk bawah meja"
"esh"
"bella dapat beruang "
blah


*********



"teacher , i'm not understand"

" practice more, math "
"your brain is like a muscle"
"PRACTICE"

FORM 3 lari ta cukup tanah
* sigh...................................



*********
 
 
Maturity level depends on who i am with 
 
 
 *********
 
" wei, calon MPP dah keluar "
" gi interview"
"dengan sapa "?
 " 3 serangkai pentadbiran"
" plus ustazah Nadia"
"hah"! :0

********
 
 
diri tgh hujan, mengharap pergertian faham
 
 

I am the girl
Standing in the rain
Wishing they understood
Read more at http://www.bestteenpoems.com/poems/growing-up/#OKDkbmJJVzhHQE0G.99



 p/s : mana nak cari pelangi , kalau ta tempuh hujan :)
I'm getting older now,
No longer a child,
Not yet an adult,
But a girl trying to carve a path for herself

I'm learning to make my own choices,
Molding a future with my bare hands,
Learning how to step out,
Despite the shaky ground
Read more at http://www.bestteenpoems.com/poem/seeking-adulthood#GwMDeoRk8qiDhYUI.99
I'm getting older now,
No longer a child,
Not yet an adult,
But a girl trying to carve a path for herself

I'm learning to make my own choices,
Molding a future with my bare hands,
Learning how to step out,
Despite the shaky ground
Read more at http://www.bestteenpoems.com/poem/seeking-adulthood#GwMDeoRk8qiDhYUI.99

Saturday, January 18, 2014

FRAME OF THE YESTERYEAR PART 6

"Monitor2"
"GoYen"
"nama dia punya sedap, esh, panggil lah nama betul"
"hehehe, okay Teacher"
"SOLEHIN"

*******

"Abg2"
"Ha, na apa"
"Na pegang tangan "
"nah"
"ihik2"
" ada relevan jugak ko jadi assistant monitor , hahahah"
" kalau ikut hati, aku lempaq sorang2 dgn lontar peluru, yang cadang idea kreatif tu"
"jangan marah, hang comey kalau marah , aku terpikat"
"blah" ( muka merah)
" AQILAH MALEK"


*******

" List calon MPP dah keluar "
" Lalalalala"
" nama ko ada "
* Ah sudah =.="

*
*
*
*
Masuk sekalik 4 org Interview, mmg sah2 lah kena compete habes. 3 orang sebelah semua hebat pandai cakap mcm Lawyer menang kes.
Aish. 

sebelum tu...Datin muka senyum ja tanya result. hahahahaha. gelak2. muka serius. gelak2. nasib Yeop back up.

********

" Result dah keluar"
"Datin ckp kat depan"
"lalalalaalala"
 Tepuk tgn . Form 2 sorang dapat
hahahahahaha

"Eh mana Jane"?

*********

Tingkatan 2 ajar cara bukak mata dengan bukak. Terjerumus dgn silap lampau, itu biasa,
Form 2 feeling ada sikit jadi senior adek bawah satu level.
Merasa lah jugak dapat panggilan "akak" "abg". walaupun tahu itu terpaksa. hahahaha
Paling ta tahan..


"wei, adik dorm hang bt  masalah"
"Diri pun ada masalah" 
"ni nak tgk adek"
hahaha ( gelak tak bertanggungjawab )

Jenuh pikir masuk otak kiri kanan . Apsal sistem sekolah time tu bagi budak form 2 dok ngan form 1. Nama ja naek satu tingkat, tapi perangai kalah form 1. hahaha.  Time ni la pandai menerima dan diterima. hamboi :P.



dan kesudahannya, baru sedar realiti. na masuk form 3 dah ?

Kenangan..... Form 2 aku label sikit zaman Jahililah. Takda lah sampai takat bunuh2 anak perempuan tu dalam Syllabus Sejarah tu, mungkin Assabiah kut. Lalaalala. 


Ta lupa Allah InsyaAllah. :)














 *
*
*
*
*
*

" tak bnyak gambar"
"awat"
"time tu zaman suka mencuba"
"ta sempat tangkap gambar"
"busy sgt"
:P 
"hahahaha"

 *



*



*



*



*




*




*





*









" dah nak naek form 3"
" cukup cover tak study"
"entahler"

" yang penting gi cuti akhir tahun dulu"
"  hahahahahha"




bila dah pernah lalu zaman gelap, zaman terang tu lain rasanya, manis



p/s : Kelas form 2 start  kelas 5 M, 5 W, 5 N yang sekarang :)



Friday, January 17, 2014

FRAME OF THE YESTERYEAR PART 5


bila berjalan lewati masa
banyak peluang menjadi saksi
pemerhati
dan diperhati
seperti mana, hidup seakan surat
kita menerima dan diterima

*******

" nah surat "
belek2 
" ouh, okay "

 *******
sebelum tu....

Kem Multimedia Media University. 

Ta sangka boleh buat mcm tu. Taubat ta nak buat dah. Orang gila pun taknak buat dah.

" hoi , model perempuan"
" rasa mcm ta tahu malu pulak "
"gila"

" sapa yang lelaki"?
" rasanya yang tu, "
"sapa"?

"ouh"

******

Study2. Belajar makin susah sikit. Yang dok ke hulu hilir usung board kayu. Muka blank, mana nak sebati jiwa nak buat lukisan teknik ni, Pandang keliling, sebelah, Aalyaa bawak lari pensil mcm marathon atas board, . Tekun. Board depan mata pandang sepi .

"Dah boleh agak dah ko ambik apa form 4 nanti "
"hahahaha, ap?"
"Biologi "
"pandai ko teka"
"cukup la aku boleh hadam sekelumit pun tak apa pasal binatang tu mkn tahi dia balek "
"sapa?
"rabbbitttt"
"rodent konon"
*gelak3 . 


 
 ********
 Timbunan surat.
Pelik. Rajin pulak membalas. Lalalalala.

( baru nak kenal monyet bergayut )


"wei, ada orang nak jumpa"
pandang luar 
"nampak dah "
"esh"

********

Apsal rasa susah pulak belajar kali ni. Tapi lupa sebab kelas fevret terbaek dari ladang ada. Tengok Time table kalau ada Bahasa Melayu mcm dapat masuk kilang Willy Wonka.
Lompat2. Haaaa

"Drama ap hari ni"?
"Mama"
"sapa berlakon?
"Azril jadi anak"
"durhaka tak"
"dah lupa"
hahahahaha

Tapi ending mantap gila. Tiang bendera ada kat tgn sambil mulut nyanyi Lagu Ibu.

"Rosak drama aku dgn idea kreatif ko tu"
"Cikgu suka, depa gelak ja"
"nanti gi depan mak hang, hang gelak bnyak2"
 ta marah , ta marah

*******


Hidup nak cuba benda baru. Term budak baru nak membesar.

"Badar buat Usrah hari ni"
" Wajib datang "



" Depa panggil hang "
dan Tarbiah 

 *********

Result Down. 
Hurm.

Mana silap ni.

"Mak dengan Ayah dapat rezeki tahun ni, dah lulus permohonan"
"Berapa hari "
" 1 bulan 2 minggu "
nanges...
"Kakak ada jaga"
"strive akhir tahun"
" we'll pray the best there " 
:'")

******

Pernah dengar ayat titik. noktah.

" kita jadi kawan sahaja"
.....................................................................................................................



Buta air kerana perigi . buta manusia kerana........




p/s : isi tempat kosong. :) Dengar lagu Come Back by Rosie and Me

Thursday, January 16, 2014

FRAME OF THE YESTERYEAR PART 4

December, 2009

" Result PAT dah sampai "
* Ah sudah

"posmen datang cepat...."

*********

January, 2010

"Assalamualaikum teacher Akma , sini ada semua nak daftar, ni mak saya :) "

Satu environment yang sangat jauh beza. Tiada Kak Izzati yang nak tolong ajar susun baju dalam loker . Dan sekarang form 5 bertukar. Dan, kami masih junior. Tersebar luas nama batch berupa Xenophobia. Bila ditanya maksud, "takut kepada orang luar". Pada masa ini, muncul satu aliran pemikiran.

" budak 1996 lahir tahun apa "?
" urm , tahun tikus, awat ?"
see..
"ah , mengarut "
"pernah tengok Tom and Jerry"?
"pernah"
" and we the Jerry "
=.=
" ditindas tetapi membalas"
kening double jerk

*********

Jangan cepat melatah kepada reader yang ada sipi2 tempias. Jauh maksud untuk menunding jari. Itu satu flashback, dan sejujurnya norma hidup untuk membangun. Dan sebab itu mengapa , wujudnya resam hidup untuk ajar makan garam. Dan pengalaman dialami untuk mengajar. Satu dedikasi, Terima kasih ... :)

********

Dan mari bermula dengan operasi merebut kerusi meja loker. katil.

" Form 2 semua dekat dorm hujung eah "
"huh"
"yang hujung ada empat, gi serbu ikut rumah"
"ok" 

" Mood nak duduk katil depan, meja depan "
Done.

 ***********

Pandang sekeliling. Muka baru. Ragam baru. Perangai baru. Akibat streaming. Maka berkenalan. Jeling2 lama panggil hoi pun maen sekeh2. 

"Form 2 ni bahaya sikit"
"apsal"
"baru nak kenal dunia, naek tocang sikit2"
" tak dak pun "
"baru awal tahun, tgk tgh bulan nanti "
"bertimbun kes"
"tak percaya, tgk lah nanti "

**********

Dan mak berpesan
 "behave, 14 dah "
"oraitt boss "

dan entahlah



*
*
*


nak hidup cara lari dari masalah, gi duduk dalam tanah, mungkin tak boleh, sebab cacing pun ada masalah, kena makan dengan ayam



p/s : Dengar lagu When You Grow Up by Priscilla Ahn, kalau ta suka tekan cross merah kat hujung tu. lalalalala




 


Wednesday, January 15, 2014

FRAME OF THE YESTERYEAR PART 3

Tingkat 2. E2-1. Kakak angkat minta tukarkan dari Helang masuk Rajawali. Kuning ke Biru. . Senang nak jenguk, sebelah menyebelah. Teringat pertemuan dua hala sebelum itu.

"eh2, bella"? tanya sorang
"Nora " :D!
"kita satu sekolah " hahaha

*********

jalan keluar Dewan Makan lepas lunch, ada suara jerit panggil

"Bella "! 
pandang belakang
" Wedis " :D!
Lambai 2

Sebenarnya dua-dua individu dah pernah jumpa sejak zaman sekolah rendah. Dalam pertandingan bercerita. :) Ada lagi 2 orang yang satu geng sekolah rendah angkut sekali masuk SERATAS sama2. Faizwan , Fariz. . 

******

"Nama awak " ? :D
"Sharajatul Syahidah Shaddin " dia jawab
"hehehe, okay, dorm mate "

******

Memang payah nak sesuaikan diri, bangun pagi ta sah kalau ta meleleh air mata, tambah dengan nasyid . Gi bilik air mmg tambah pakej air mata dalam baldi. Nak basuh baju lagi lah, ta reti time tu. Memang segala2 bermula dengan perkataan ta reti. Jalan panjang pendek, perhati je senior buat mcm mana . Public phone jgn ckp, bergayut tiap hari, kad phone pun bertingkat2. Call rumah .

******

"Akak, 1 Kejora dekat mana " ?
" Meh akak tunjuk, kat tingkat 1 "

tgk ada sorang budak buat duty, kecik ja , tutup tingkap, tutup pintu, muka blank . 

"Terima kasih akak tunjuk " :)

Esoknya hari pertama, redah jawab Ujian Diagnostik. Nak tentukan kelas. Istilah pelik2 aku jumpa. Alhamdulillah, satu hari, tampal kat whiteboard, stay kat 1 Kejora. 

Dan bermula pagi petang siang malam serta selanjut hari yang sekian2. Belajar, gelak, nangis, luah, sembang, semua kat kelas tu.


Tengah-tengah prep, tanya.
"Sapa Monitor "?
"Tu ha, rambut tegak "
" Nama "?
" Amirul Izzwan "
"ouh"....

*********
Fasa paling susah, Exam. Mula-mula mana reti format. Jenuh fikir,, Agama takda bulat2. Soalan Geo,Sej, bnyak betul , sampai 50.dan lain2....... Pengakhiran, result mmg boleh masuk kolam ikan.
Tumpah lagi air mata, dekat public phone, salur dekat mak. Mak memang ada superpower. Bukan tipu punya power dia. Usaha2.

Alhamdulillah ... Berubah...

**********

"wei,teacher Nurul panggil "
" Apsal "?
" Pasal Citizen Project kut, ada bdk tarik diri, ada tempat kosong "

Maka, bergabunglah kami bertiga F1 dengan sekumpulan F2, Projek Warga versi bahasa ibunda, dan Citizen Project versi bahasa penjajah.

"Aalyaa, Jane, nak cekup design apa "
*sigh 

Kompromi, Kerjasama, 2 perkataan kuat nak selesai benda sukar jadi senang. Akhirnya, rezeki menyebelahi, pulun2 buat presentation, maka, dapat ke final, dan pulun2. Akhirnya 2 kategori tu SERATAS gondol. Syukur .







dan kami bertiga. :)

********

"Apsal senior pandang mcm nak makan "
fikir2..
"Ok , dapat. Haish. Fitnah2"

Kes surat menyurat, jambu batu. Dan sesungguhnya, jauh bumi dari kerak, mmg tak. Ada mulut membawa, apakan daya. Tahan2. Biarkan. 

********
" Sean, apa cerita "?
"Fariz dah lari "
"Huh?"

*******
Dan keserongan mereka, sejujurnya , mereka baik :) Jaga adik2. Bukan mcm sekarang, kena berhati2, kalau tak disalah ertikan. Cukup merasa pengalaman jadi junior. Tak kisah semua duty dilambakkan kat bahu, sebab semua itu cukup mengajar. Budaya Menghormati lagi subur yang dahulunya dari sekarang. 

Bukan konflik antara senior sahaja yang terlibat, hubungan sesama sendiri dalam batch pun mcm batu belah batu bertangkup. Akal baru berkembang, culture shock, tekanan sana sini, ta ada pengalaman, tak bersatu, maka bergaduh. Ambik masa bertahun nak hilangkan keruh tu. Salah faham , banyak.

cuma berpegang pada satu, semua itu mengajar.

**********

Maka, terwujudya wordless wednesday pada hari ini :) 
nah gambar. mahal , haha






















dan sedar2. . F1 maka tamat.

One step done. More step then keep going.



" selamat bercuti "
" :) "
" ada rezeki kita jumpa tahun depan "
"form 2 ?"
"Insyallah :)"

************


"Tiada kesenangan yang wujud dengan tiba-tiba, melainkan kepayahan yang ditempuh untuk mengubah diri dari pemikiran cara lama kepada yang luar alam "


p/s : selepas second intake, ada intake yang seterusnya masuk. Maka bertambah lengkap bilangan yang meningkat pelbagai ragam. Maaf andai yang ta suka dengan post oldschool tambah gambar akal ta berapa panjang lagi, sekali sekala, kita akan rasa kita pernah membesar sedemikian rupa. :) 1 Utarid, 1 Kejora, 1 Zuhrah :)

Tuesday, January 14, 2014

FRAME OF THE YESTERYEAR PART 2

Landmark sekolah senang sahaja, Zoo Taiping. Hadap2. Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Nervous mcm butterfly lompat2 dalam perut. (hiperbola ). Berat rasa beban tinggal rumah, mak ayah, adik beradik, sekolah lama, kawan2 lama. Betullah orang cakap. Semua yang dah  biasa kena tinggal, alami perubahan satu fasa yang tak biasa untuk terus cari makna hidup. Ayah dah parking kereta depan  kuaters. Jejak tanah. Alhamdulillah , tengah pandang2 sana sini, ada individu pakai blazer hitam datang dekat,

"Assalamualaikum Encik, selamat  datang, meh sy tunjuk tempat pendaftaran " si pakai blazer.
"Ouh, pengawas , elemen bdk SBP boleh tahan " hahahha (hati yang cakap )
 
 
Okay, here the start. Yang part ni, mcm tok nenek cerita cinderella, Naek tangga, tercicir kasut, tapi versi tapak kasut tercabut. =.="  memang masa tu kalau ada doraemon, nak mintak dia bawak terbang pakai helikopter. Lepas dkt laut, sorok muka dalam oyster. Baru je beli cap Julio Filio ni ,dah buat perangai. 
"Ma, see your daughter jadi cinderella hari ni" -.-"
"Lah, mcm mana boleh jadi mcm ni " mak separa gelak
"Kejap , ada kasut dalam kereta, kasut putih " dan lari pergi kereta

few seconds....

"Okay jum . Dewan besar dekat mana "? tanya pada si blazer
 
Mata nampak, muka dia tahan gelak. Nasib2 :/

******

"Adek, nah pakai nametag ni "
" Sticker kuning ni rumah sukan , kuning, Helang "
" Terima kasih ",menjawab

25 Februari 2009, dewan besar saksi aku jawab interview, potret besar gedabak gambar sultan, terpampang luas "Di Sinilah Pemimpin Dilahirkan ". Muka blank. Layan perasaan, tgk mak ayah daftar anak masing2. 

" Anak lelaki ke perempuan " mak tanya dengan insan sebelah 
" Lelaki, ni dia "  :)
 
Pandang sekilas, Afiq Aiman nama kat nametag, Sticker merah. Senyum . Pandang depan balik. 
MC cakap sesuatu kat depan. Ada sesi serah adik - kakak angkat .

" Eh, ada juga sesi angkat2 ni " 
 
Sedar-sedar dah ada atas pentas , mak salam dengan kakak , simbolik katanya , senyum sebagai balasan.
 
 *****
" Nama akak" ?
"Izzati" 
"eh sama :D "
gelak2
 
******
 
Now the time , yang susah. susah

" Jaga diri adek, apa2 call mak dengan ayah "
butir bicara yang selanjutnya ta dapat nak hadam , sedih , berpisah.

Alih-alih, kakak kat sebelah dengan diri dah melambai. Makin lama makin jauh. Dan hilang. Baru sedar, pipi dah basah . 
 
 
Belajar juga jihad, hijrah ke suatu tempat tempat baharu, keluar dari zon selesa.
 
p/s : Sedekahkan Al- Fatihah buat insan yang punya bicara sekejap dengan mak saya dalam entry ini, masih ingat, senyumannya manis :) Bonda kepada Afiq Aiman, semoga tenang di sana . Amin :")


 

 

                       

Monday, January 13, 2014

FRAME OF THE YESTERYEAR PART 1

Mata menala pada timbunan barang yang memang dah macam Gunung Everest. Barang bertimbun mmg mcm kena keluar rumah terus, keluar lama. 5 tahun,tapi ada balik. hahaha. Bila fikir balik., tercapai ke 5 tahun tu .

"Adek! Dah siap packing semua barang belum " ? mak jerit dari dapur
" Dah kut, dah mcm angkut semua ta balik ni "

Rasa macam baru semalam struggle jawab UPSR ,dapat result, frust ta dapat boarding school yang 1st intake. Masih sempat pijak tanah SMK Dato' Seri Maharaja Lela untuk berapa minggu. Surat tawaran Raja Perempuan School pun dah lama selamat kena telan dengan tong sampah, sebab bukan jiwa sendiri untuk sebati dengan sekolah sukan. Muncul 2 surat tawaran temuduga .

"Awak yakin awak boleh sesuaikan diri dekat sekolah ni "?
"Baca Al-Quran boleh ?"
"Tulis jawi ni "
"Kalau ada yang pengaruh benda tak elok, awak nak ikut tak ? "

Menggeletar tahap panda golek, Puan Rahimah interview . Dah habis , baru tahu dia pengetua sekolah tu. Doa sahaja yang mampu.

*********
Kecoh time rehat kat sekolah, result interview dah keluar. 
 'Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui. '
Balik rumah, terus check. Ada 3 kemungkinan, SEMESTI atau SERATAS atau TIADA. Lega :) Senyum :) Syukur :) . Alhamdulillah :)                                                                 

SERATAS, here i come