Monday, January 13, 2014

FRAME OF THE YESTERYEAR PART 1

Mata menala pada timbunan barang yang memang dah macam Gunung Everest. Barang bertimbun mmg mcm kena keluar rumah terus, keluar lama. 5 tahun,tapi ada balik. hahaha. Bila fikir balik., tercapai ke 5 tahun tu .

"Adek! Dah siap packing semua barang belum " ? mak jerit dari dapur
" Dah kut, dah mcm angkut semua ta balik ni "

Rasa macam baru semalam struggle jawab UPSR ,dapat result, frust ta dapat boarding school yang 1st intake. Masih sempat pijak tanah SMK Dato' Seri Maharaja Lela untuk berapa minggu. Surat tawaran Raja Perempuan School pun dah lama selamat kena telan dengan tong sampah, sebab bukan jiwa sendiri untuk sebati dengan sekolah sukan. Muncul 2 surat tawaran temuduga .

"Awak yakin awak boleh sesuaikan diri dekat sekolah ni "?
"Baca Al-Quran boleh ?"
"Tulis jawi ni "
"Kalau ada yang pengaruh benda tak elok, awak nak ikut tak ? "

Menggeletar tahap panda golek, Puan Rahimah interview . Dah habis , baru tahu dia pengetua sekolah tu. Doa sahaja yang mampu.

*********
Kecoh time rehat kat sekolah, result interview dah keluar. 
 'Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui. '
Balik rumah, terus check. Ada 3 kemungkinan, SEMESTI atau SERATAS atau TIADA. Lega :) Senyum :) Syukur :) . Alhamdulillah :)                                                                 

SERATAS, here i come 

No comments:

Post a Comment