Tuesday, January 14, 2014

FRAME OF THE YESTERYEAR PART 2

Landmark sekolah senang sahaja, Zoo Taiping. Hadap2. Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Nervous mcm butterfly lompat2 dalam perut. (hiperbola ). Berat rasa beban tinggal rumah, mak ayah, adik beradik, sekolah lama, kawan2 lama. Betullah orang cakap. Semua yang dah  biasa kena tinggal, alami perubahan satu fasa yang tak biasa untuk terus cari makna hidup. Ayah dah parking kereta depan  kuaters. Jejak tanah. Alhamdulillah , tengah pandang2 sana sini, ada individu pakai blazer hitam datang dekat,

"Assalamualaikum Encik, selamat  datang, meh sy tunjuk tempat pendaftaran " si pakai blazer.
"Ouh, pengawas , elemen bdk SBP boleh tahan " hahahha (hati yang cakap )
 
 
Okay, here the start. Yang part ni, mcm tok nenek cerita cinderella, Naek tangga, tercicir kasut, tapi versi tapak kasut tercabut. =.="  memang masa tu kalau ada doraemon, nak mintak dia bawak terbang pakai helikopter. Lepas dkt laut, sorok muka dalam oyster. Baru je beli cap Julio Filio ni ,dah buat perangai. 
"Ma, see your daughter jadi cinderella hari ni" -.-"
"Lah, mcm mana boleh jadi mcm ni " mak separa gelak
"Kejap , ada kasut dalam kereta, kasut putih " dan lari pergi kereta

few seconds....

"Okay jum . Dewan besar dekat mana "? tanya pada si blazer
 
Mata nampak, muka dia tahan gelak. Nasib2 :/

******

"Adek, nah pakai nametag ni "
" Sticker kuning ni rumah sukan , kuning, Helang "
" Terima kasih ",menjawab

25 Februari 2009, dewan besar saksi aku jawab interview, potret besar gedabak gambar sultan, terpampang luas "Di Sinilah Pemimpin Dilahirkan ". Muka blank. Layan perasaan, tgk mak ayah daftar anak masing2. 

" Anak lelaki ke perempuan " mak tanya dengan insan sebelah 
" Lelaki, ni dia "  :)
 
Pandang sekilas, Afiq Aiman nama kat nametag, Sticker merah. Senyum . Pandang depan balik. 
MC cakap sesuatu kat depan. Ada sesi serah adik - kakak angkat .

" Eh, ada juga sesi angkat2 ni " 
 
Sedar-sedar dah ada atas pentas , mak salam dengan kakak , simbolik katanya , senyum sebagai balasan.
 
 *****
" Nama akak" ?
"Izzati" 
"eh sama :D "
gelak2
 
******
 
Now the time , yang susah. susah

" Jaga diri adek, apa2 call mak dengan ayah "
butir bicara yang selanjutnya ta dapat nak hadam , sedih , berpisah.

Alih-alih, kakak kat sebelah dengan diri dah melambai. Makin lama makin jauh. Dan hilang. Baru sedar, pipi dah basah . 
 
 
Belajar juga jihad, hijrah ke suatu tempat tempat baharu, keluar dari zon selesa.
 
p/s : Sedekahkan Al- Fatihah buat insan yang punya bicara sekejap dengan mak saya dalam entry ini, masih ingat, senyumannya manis :) Bonda kepada Afiq Aiman, semoga tenang di sana . Amin :")


 

 

                       

2 comments:

  1. Nice entry and blog . Aku pun nak post benda sama tapi masih dalam progress . Do follow me back .

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. :D sy follow. keep going for the post :)

    ReplyDelete