Wednesday, January 15, 2014

FRAME OF THE YESTERYEAR PART 3

Tingkat 2. E2-1. Kakak angkat minta tukarkan dari Helang masuk Rajawali. Kuning ke Biru. . Senang nak jenguk, sebelah menyebelah. Teringat pertemuan dua hala sebelum itu.

"eh2, bella"? tanya sorang
"Nora " :D!
"kita satu sekolah " hahaha

*********

jalan keluar Dewan Makan lepas lunch, ada suara jerit panggil

"Bella "! 
pandang belakang
" Wedis " :D!
Lambai 2

Sebenarnya dua-dua individu dah pernah jumpa sejak zaman sekolah rendah. Dalam pertandingan bercerita. :) Ada lagi 2 orang yang satu geng sekolah rendah angkut sekali masuk SERATAS sama2. Faizwan , Fariz. . 

******

"Nama awak " ? :D
"Sharajatul Syahidah Shaddin " dia jawab
"hehehe, okay, dorm mate "

******

Memang payah nak sesuaikan diri, bangun pagi ta sah kalau ta meleleh air mata, tambah dengan nasyid . Gi bilik air mmg tambah pakej air mata dalam baldi. Nak basuh baju lagi lah, ta reti time tu. Memang segala2 bermula dengan perkataan ta reti. Jalan panjang pendek, perhati je senior buat mcm mana . Public phone jgn ckp, bergayut tiap hari, kad phone pun bertingkat2. Call rumah .

******

"Akak, 1 Kejora dekat mana " ?
" Meh akak tunjuk, kat tingkat 1 "

tgk ada sorang budak buat duty, kecik ja , tutup tingkap, tutup pintu, muka blank . 

"Terima kasih akak tunjuk " :)

Esoknya hari pertama, redah jawab Ujian Diagnostik. Nak tentukan kelas. Istilah pelik2 aku jumpa. Alhamdulillah, satu hari, tampal kat whiteboard, stay kat 1 Kejora. 

Dan bermula pagi petang siang malam serta selanjut hari yang sekian2. Belajar, gelak, nangis, luah, sembang, semua kat kelas tu.


Tengah-tengah prep, tanya.
"Sapa Monitor "?
"Tu ha, rambut tegak "
" Nama "?
" Amirul Izzwan "
"ouh"....

*********
Fasa paling susah, Exam. Mula-mula mana reti format. Jenuh fikir,, Agama takda bulat2. Soalan Geo,Sej, bnyak betul , sampai 50.dan lain2....... Pengakhiran, result mmg boleh masuk kolam ikan.
Tumpah lagi air mata, dekat public phone, salur dekat mak. Mak memang ada superpower. Bukan tipu punya power dia. Usaha2.

Alhamdulillah ... Berubah...

**********

"wei,teacher Nurul panggil "
" Apsal "?
" Pasal Citizen Project kut, ada bdk tarik diri, ada tempat kosong "

Maka, bergabunglah kami bertiga F1 dengan sekumpulan F2, Projek Warga versi bahasa ibunda, dan Citizen Project versi bahasa penjajah.

"Aalyaa, Jane, nak cekup design apa "
*sigh 

Kompromi, Kerjasama, 2 perkataan kuat nak selesai benda sukar jadi senang. Akhirnya, rezeki menyebelahi, pulun2 buat presentation, maka, dapat ke final, dan pulun2. Akhirnya 2 kategori tu SERATAS gondol. Syukur .







dan kami bertiga. :)

********

"Apsal senior pandang mcm nak makan "
fikir2..
"Ok , dapat. Haish. Fitnah2"

Kes surat menyurat, jambu batu. Dan sesungguhnya, jauh bumi dari kerak, mmg tak. Ada mulut membawa, apakan daya. Tahan2. Biarkan. 

********
" Sean, apa cerita "?
"Fariz dah lari "
"Huh?"

*******
Dan keserongan mereka, sejujurnya , mereka baik :) Jaga adik2. Bukan mcm sekarang, kena berhati2, kalau tak disalah ertikan. Cukup merasa pengalaman jadi junior. Tak kisah semua duty dilambakkan kat bahu, sebab semua itu cukup mengajar. Budaya Menghormati lagi subur yang dahulunya dari sekarang. 

Bukan konflik antara senior sahaja yang terlibat, hubungan sesama sendiri dalam batch pun mcm batu belah batu bertangkup. Akal baru berkembang, culture shock, tekanan sana sini, ta ada pengalaman, tak bersatu, maka bergaduh. Ambik masa bertahun nak hilangkan keruh tu. Salah faham , banyak.

cuma berpegang pada satu, semua itu mengajar.

**********

Maka, terwujudya wordless wednesday pada hari ini :) 
nah gambar. mahal , haha






















dan sedar2. . F1 maka tamat.

One step done. More step then keep going.



" selamat bercuti "
" :) "
" ada rezeki kita jumpa tahun depan "
"form 2 ?"
"Insyallah :)"

************


"Tiada kesenangan yang wujud dengan tiba-tiba, melainkan kepayahan yang ditempuh untuk mengubah diri dari pemikiran cara lama kepada yang luar alam "


p/s : selepas second intake, ada intake yang seterusnya masuk. Maka bertambah lengkap bilangan yang meningkat pelbagai ragam. Maaf andai yang ta suka dengan post oldschool tambah gambar akal ta berapa panjang lagi, sekali sekala, kita akan rasa kita pernah membesar sedemikian rupa. :) 1 Utarid, 1 Kejora, 1 Zuhrah :)

7 comments: